KHALIFAH TRAINING ACADEMY

Khalifah Training Academy atau dahulunya dikenali sebagai Khalifah Institute ditubuhkan dan beroperasi pada tahun 2004. Ia bermula sebagai badan amanah berdaftar di Malaysia yang diasaskan oleh Prof. Dr. Muhammad Al' Mahdi Jenkins. Khalifah Institute mula beroperasi dengan menawarkan program latihan keibubapaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Khalifah Training Academy kemudian mengembangkan program latihan yang merangkumi keseluruhan tingkat masyarakat seperti kanak-kanak, remaja, belia, guru-guru dan golongan pekerja.

 

Secara amnya program-program latihan ini memberi kesedaran kepada para peserta bahawa mereka adalah Khalifah Allah, dan sekaligus memberi kesedaran bahawa mereka ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di atas muka bumi ini. Program-program latihan ini telah berjaya memupuk rasa ingin berubah dan rasa cinta terhadap Islam terutama sekali bagi generasi muda. Para peserta bukan sahaja bermotivasi untuk berubah malah bersedia untuk menghadapi pengaruh tidak sihat dewasa ini. Khalifah Training Academy juga membantu dalam penerbitan beberapa bahan yang bermanfaat seperti buku, poster, audio dan video CD, bagi membantu mereka yang ingin mendalami ilmu Kaedah Khalifah.

 

PENGASAS

Prof. Dr. Muhammad Al’Mahdi Jenkins telah menghabiskan masa hampir 14 tahun sebagai penuntut sebuah university di Amerika Syarikat dan telah memperoleh 3 Ijazah Kedoktoran dalam bidang Psikologi Kanak-Kanak, Psikologi Klinikal, dan Psikologi Eksperimen. Beliau merupakan Pembantu Professor dalam Psikologi kanak-kanak dan Psikologi Klinikal. Beliau bekerja di Pejabat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak di Amerika Syarikat sebagai Pengarah Pendidikan Nilai Kanak-Kanak dan beliau juga merupakan Ketua ahli psikologi bagi program Head Start iaitu sebuah program perkembangan awal kanak-kanak di Amerika Syarikat.

 

Prof. Muhammad telah menghabiskan sisa umurnya melatih individu lain dengan ilmu dan teknik yang diperolehi sepanjang hidupnya. Sebelum ini, beliau merupakan seorang ateis iaitu seorang yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Selepas beliau mendalami teori fizik Einstein, beliau mendapati bahawa tuhan itu wujud. Disebabkan faktor tersebut beliau merantau ke serata pelusuk dunia semata-mata untuk mempelajari agama-agama yang ada, dan akhirnya beliau menemui kebenaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. dan seterusnya memeluk agama Islam lebih kurang 25 tahun yang lalu.

 

Prof. Muhammad telah meninggal dunia pada 29 April 2006 setelah dua tahun bertarung dengan penyakit kanser. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan meletakkan beliau dalam golongan orang-orang yang benar.

 

Jururunding Khalifah Method

1. Dr. Alini Marzuki

Pengerusi, Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Khalifah

Timb. Dekan Fakulti Farmakologi, Kolej Universiti Perubatan, Cyberjaya

 

2. Muhammad Qayyum Abd. Raof 

Pengetua, Sek. Men. Islam Tahfiz Mithali Khalifah 

 

3. Shomiriza Shomidon

Pengetua, Sek. Men. Islam Tahfiz Mithali Khalifah 

 

4. Badariah Ismail

Pengasas, Tadika Dzul Iman Smart Khalifah

 

5. Azra Banu Mohd Sidek

Setiausaha, Viva Palestina Malaysia

 

Jurulatih Khalifah Method

1. Hanani Saman

Pengasas, Tadika Dzul Iman Smart Khalifah

 

2. Ahmad Ibrahim Mohd Kamal

Pegawai Psikologi, Kementerian Kesihatan Malaysia 

 

3. Mohd Mursyidi Mohd Diah 

Guru Sek. Ren. Islam Mithali Khalifah

 

4. Mokhtar Mohd Nor

Pegawai Latihan, Khalifah Training Academy