PERSATUAN PEMBANGUNAN UMMAH CEMERLANG MALAYSIA (EXCEL UMMAH)

Persatuan Pembangunan Ummah Cemerlang Malaysia telah didaftarkan pada 18 Jun 2010.

Ia merupakan kesinambungan kepada Institut Khalifah yang sekarang beroperasi sebagai badan amanah yang diasaskan oleh

Prof. Dr. Muhammad Al’Mahdi Jenkins.

              

             Tujuan dan objektif persatuan ialah

 

1. Menyebar, memperluas dan menambah baik idea, pembelajaran dan falsafah ke arah pembentukan insan cemerlang yang boleh dimanfaatkan oleh semua masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama melalui pendekatan Kaedah Khalifah dengan kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa berkenaan.  

2. Mencari, menerima, mengurus dan mentadbir dana (dalam bentuk dana dan pinjaman) dan lain-lain bentuk hadiah, harta dan sebagainya untuk mencapai dan memenuhi tujuan dan objektif persatuan.  

3. Menggembleng tenaga masyarakat seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningatkan taraf kehidupan di dalam semua lapangan termasuk pembentukan sahsiah, sosial, ekonomi,  pelajaran kebudayaan, falsafah dan teknologi, melalui program seperti seminar, bengkel, latihan, konvensyen dan seumpamanya.  

4. Bekerjasama dan mempererat perhubungan dengan mana-mana badan dan agensi Kerajaan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan Persatuan yang berdaftar sah.