Projek Wakaf Pembangunan dan Pendidikan ini dirangka bagi memenuhi keperluan kewangan dalam menjayakan pembangunan Khalifah Foundation iaitu dalam membangunkan beberapa infrastruktur pendidikan dan modal insan.

Fasa pembangunan dibahagikan mengikut keutamaan yang difikir mampu menjadi nadi penggerak dan memandu kepada kejayaan keseluruhan projek dengan terancang dan mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan.

Wakaf merupakan satu mekanisme perkongsian harta kekayaan seseorang dengan orang lain. Ianya penting bagi membantu mencapai pembangunan ekonomi sesebuah negara. Semangat dan tahap keimanan sebeginilah yang telah mendorong dermawan umat Islam untuk bersedekah serta berwakaf. Inilah paksi yang menjadi pasak kepada keunggulan sistem hadhari Islami di zaman kegemilangan umat Islam.

Dengan asas keimanan yang teguh sebegini sejak zaman Rasulullah, institusi wakaf telah memberikan sumbangan yang konkrit secara rohaniah dan madiyahnya kepada kehadharian ummah. 

Sistem wakaf yang dilaksanakan ini membolehkan ramai individu mahupun syarikat korporat bersama-sama menjayakan program Khalifah Foundation ini.

 

DANA TABUNG PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Selaras dengan hasrat Khalifah Foundation untuk menjadikan kedua sekolah rendah dan menengah Khalifah Model School sebagai sekolah premier, Khalifah Foundation memerlukan dana bagi tujuan berikut:

 

A) Wakaf  pembangunan pendidikan bagi membina sebuah Kompleks    Pendidikan untuk Sekolah Menengah Islam Tahfiz Mithali Khalifah di Kampung Labu Lanjut, Sepang berjumlah RM5.5 juta (RM150 bagi satu kaki persegi binaan wakaf)

B) Wakaf pembiayaan kompleks bangunan Sekolah Rendah Islam Mithali Khalifah di Ampang berjumlah RM3 juta.

C) Penambahbaikan kemudahan pendidikan Sekolah Rendah Islam Mithali Khalifah berjumlah RM500,000 bagi memenuhi syarat pendaftaran dengan KPM dengan keperluan berikut :

i.              Mewujudkan sebuah Makmal Sains,

ii.             Mewujudkan sebuah Makmal Kemahiran Hidup,

iii.            Menaiktaraf peralatan Makmal Komputer,

iv.           Menambah koleksi bahan bacaan sudut perpustakaan,

v.            Penambahbaikan kelengkapan beberapa buah bilik darjah, tempat wuduk serta tandas dan,

vi.           Mengubahsuai dan menaik taraf dewan latihan / peperiksaan.

 

D) Biasiswa pengajian pelajar di Sekolah Menengah Islam Tahfiz Mithali Khalifah sebanyak RM1.5 juta bagi pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

E) Pembangunan Modal Insan melalui pendekatan Khalifah Method.

 

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN

Bagi memenuhi keperluan-keperluan di atas, adalah dianggarkan sebanyak RM11 juta perlu dikumpulkan. Khalifah Foundation berhasrat untuk mengumpul jumlah tersebut melalui sumbangan daripada orang ramai, pihak swasta, korporat, agensi kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan.

 

Sebarang sumbangan atau derma peribadi anda boleh disalurkan ke nombor akaun berikut:

BANK ISLAM: 12122010012401

Atas nama: YAYASAN PENDIDIKAN KHALIFAH